Sunday, 3 April 2016

Suatu Permulaan Yang Baru


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

...السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Alhamdulillah masih diberikan kesempatan oleh Tuhan Yang Satu, Yang Maha Agung, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Bijaksana iaitu Allah azza wajalla. Setelah sekian lama menyepi, dek kesibukan diri dan kekangan masa, akhirnya dapat lagi saya bertinta di alam maya ini. 

Blog baru?
Sebenarnya telah lama saya berkecimpun di dalam bidang penulisan 'blogger' ini, mungkin sudah hampir 5 tahun sejak saya berada di alam persekolahan lagi, namun oleh kerana sebab tertentu, laman blog saya dan juga entri-entri yang lama terpaksa dipadam.

Subhanallah, terjentik hati ini untuk kembali berkarya lillahi ta'ala. Insha Allah, sekiranya diizinkan oleh-Nya, maka apa-apa jua perkongsian daripada saya yang mana seperti dahulu kala akan diteruskan sehinggalah nyawa ini terpisah daripada jasad.


"sampaikanlah ajaranku walaupun sepotong ayat" - Rasulullah SAW

No comments:

Post a Comment